SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan ACLTwo MD5 Kumpulan H | Selangor FC vs Muangthong United FC | Misi Untuk Layak Ke Peringkat Seterusnya

Nov 28, 2024 - FAS

Perlawanan kelima saingan ACLTwo 2024/25 bagi skuad Selangor FC akan berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya menentang Muangthong United FC hari ini pada jam 8 malam (waktu Malaysia).

Selangor FC telah diundi dalam Kumpulan H bersama tiga kelab daripada tiga negara yang berbeza, Muangthong United F.C. (Thailand), Jeonbuk Hyundai Motors (Republik Korea) dan Dynamic Herb Cebu FC (Filipina) bagi mengharungi Kumpulan H ACLTwo 2024/25.

Jeonbuk Hyundai Motors kembali mengungguli carta Kumpulan H dengan sembilan mata, diikuti Selangor FC di tempat kedua dengan tunjuh mata, kemudian Muangthong United F.C. dengan lima mata dan Cebu F.C. di tempat keempat dengan satu mata. 

Malam ini bakal menyaksikan aksi sulung rasmi Katsuhito Kinoshi sebagai Ketua Jurulatih pasukan yang telah diumumkan pada 23 November yang lalu untuk mengendali skuad Gergasi Merah untuk baki musim 2024/25 dan seterusnya.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi, akui kehebatan Muangthong United FC tetapi yakin pasukan akan berikan segalanya untuk dapatkan kemenangan.

“Saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Red Giants, dan saya bersedia untuk berjuang bersama para pemain. Hari ini, pasukan berdepan pasukan yang sangat bagus, Muangthong United FC, tetapi saya yakin pasukan telah bersedia untuk menerima cabaran daripada mereka. Kita sudah pun membuat persediaan dengan baik, dan saya yakin pasukan mempunyai kualiti tersendiri untuk bersaing dengan mereka,” kata beliau

“Perkara yang paling penting adalah untuk kekal fokus pada permainan kita sendiri. Selangor FC mempunyai pemain yang berkualiti, sama seperti mereka dan saya yakin para pemain akan memberikan yang terbaik di atas padang. Nantikan corak permainan yang agresif dan semangat berpasukan yang baik daripada para pemain,” tambahnya lagi.

“Pasukan akan memberikan segala untuk dapatkan mata pada malam ini.” semangat Katsuhito Kinoshi untuk perlawanan pertamanya malam ini.

Bagi keberadaan pemain, Noor Al-Rawabdeh mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL), Ruventhiran mengalami kecederaan tissue di bahagian kaki depannya, Khuzaimi pula tegang di bahagian hamstring, manakala Samuel Somerville cedera di bahagian lututnya.

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan terus berikan yang terbaik bagi menempah slot awal ke pusingan kalah mati  ACL Two 2024/25. Ayuh, Gergasi Merah Ku!

Demi Kebanggaan!